Monday, January 23, 2017

Jus Delima Bio Emas Merawat Alahan Makanan laut - Seafood

Alahan berlaku apabila seseorang terdedah dengan alagen penyebab alahan beberapa kali. Ia bermakna jika jika seseorang mempunyai genetic alahan, apabila memakan makanan laut buat pertama kali, dia tidak akan mengalami apa-apa masalah.
Tiada tindakbalas alahan seperti gatal dan ruam tidak berlaku serta merta dan ada kalanya mengambil masa sehingga enam minggu untuk berlaku.

Setelah proses pembentukan alahan telah lengkap berlaku, tindakbalas alahan ini boleh terjadi pada bila-bila masa saja.
Pada masa itu, apabila selesai memakan makanan laut, secara tiba-tiba orang ini akan mula merasa gatal dan membentuk ruam.
Ketika proses pembentukan alahan ini, antibodi Immunoglobulin E (IgE) akan dikeluarkan oleh sel putih. Antibodi ini akan sentiasa berada dalam darah. Apabila alergen penyebab alahan masuk ke dalam darah, IgE akan melekat kepada alergen dan gabungan IgE-alergen ini akan melekat pada sel Mast, yang kemudiannya akan mengeluarkan Histamine.
Pengeluaran Histamine dalam kadar yang sedikit dapat dikawal oleh tubuh dengan baik, dan menyebabkan tindak balas alahan yang sederhana.
Manakala pengeluaran Histamine yang banyak (bagi orang yang alergik) akan menyebabkan tindak balas alahan yang kuat dan melampau sehingga boleh menyebabkan anaphylaxis dan kematian.
Jus Delima Bio Emas boleh merawat dan mengawal alahan kepada makanan laut ini dari terus meningkat.
Walau bagaimana pun pada peringkat awal pengambilan Jus Delima Bio Emas, lazimnya berlaku tindak balas seawal 2 jam selepas pengambilan sehingga 4 atau lima hari kemudian. Selepas itu akan normal semula.
Tindakbalas yang lazim dikesan ialah:
  1. Keluar hingus yang agak banyak berbanding hari-hari biasa
  2. Bersin yang lebih kerap daripada kebiasaan
  3. Mungkin ada sedikit sakit kepala
  4. Timbul ruam samaada di muka, dada atau bahagian belakang badan.
Bagi perkara 1,2 dan 3 ianya akan normal selepas 4/5 hari. Bagi perkara 4, ambil sedikit Jus Delima Bio Emas dan sapukan rata ke atas ruam dan biarkan sehingga kering. Ulang setiap kali selepas mandi. Lazimnya ruam akan hilang selepas 2 hari.

No comments:

Post a Comment